Apa itu eFEIS?
eFEIS (Electronic Fire Extinguisher Inspection System) adalah satu
sistem pengurusan alat pemadam api di negara ini yang dilaksanakan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Ia sebagai satu kawalan
atau pemantauan ke atas alat pemadam api mudah alih yang berada dalam
bangunan atau premis.
Melalui sistem eFEIS ini, pihak kontraktor yang berdaftar di bawah
JBPM perlu melaksanakan perkara-perkara berikut bagi tujuan mendapat
pengesahan ke atas alat pemadam api yang telah diselenggara:
1. Mendaftar alat pemadam api yang diselenggara secara online.
2. Membuat tempahan pemeriksaan alat pemadam api dl pusat eFEIS secara online.
3. Membuat bayaran pemeriksaan secara online.
4. Membawa alat pemadam api yang ditempah ke pusat eFEIS pada tarikh yang ditempah.
5. Barcode sticker (Bomba licence) akan dikeluarkan ke atas alat pemadam api yang lulus pemeriksaan oleh JBPM.
Kos pembangunan Sistem sebanyak 1.8 Juta dan maklumat ini telah diberikan oleh pegawai JBPM sendiri iaitu En Amram
No comments:
Post a Comment